Pengenalan
Masalah perumahan seperti permintaan melebihi penawaran, peningkatan jumlah
penduduk, kekurangan tanah di bandar,kekurangan dan kenaikan harga bahan binaan, kekurangan buruh mahir dan sebagainya
telah menyebabkan kenaikan harga yang mendadak di dalam harga hartanah.
Tekanan ini telah menyebabkan kerajaan memperkenalkan pembinaan rumah berkos
rendah yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.
Definisi Rumah Dan Perumahan
Rumah adalah keperluan asas yang perlu ada.Ia adalah tempat berlindung dan merupakan keperluan
peringkat kedua yang mesti dicapai untuk tujuan keselamatan sebelum keperluan-keperluan dalam peringkat lebih tnggi dipenuhi.
Rumah sebagai keperluan diri dan keluarga merupakan sempadan fizikal yang memisahkan satu keluarga dengan keluarga yang lain.
Pemisahan begini ada rasionalnya tersendiri kerana dalam kehidupanini telah ditentukan batas-batas pergaulan di antara seorang individu
dengan individu yang lain.
Perumahan pula didefinisikan sebagaai satu siri rumah yang disatukan di sebuah kawasan petempatan. Di
dalam satu unsur perumahan terdapat beberapa subunsur rumah-rumah dengan segala kemudahan fizikal seperti kedai-kedai, sekolah
dan lain-lain. Di kawasan perumahan, masyarakat hidup berkelompok dan bersosialisasi antara satu sama yang lain.
Rumah melambangkan identiti sesuatu masyarakat. Pembinaan dan rekabentuk rumah di antara satu
masyarakat yang lain adalah berbeza. Perbezaan inilah yang memberi identiti atau definisi kepada sesuatu masyarakat.
Definisi Dan Konsep Rumah Kos Rendah
Rumah kos rendah juga dikenali sebagai rumah kerajaan, rumah murah, rumah kilat dan sebagainya.
Pembinaan rumah ini berkait rapat dengan golongan yang dimatlamatkan atau kumpulan sasaran yang didasarkan dari pendapatan
atau gaji yang diterima oleh mereka.
Kajian mengenai perumahan kos rendah di negara dunia ketiga merumuskan terdapat dua jenis
perumahan kos rendah iaitu jenis konvensionalyang mrangkumi perumahan awam dan swasta manakala perumahan bukan konvensional
pula iaitu perumahan setinggan di kawasan-kawasan sesak dan terbina.
Masalah Perumahan di Malaysia
Perumahan adalah satu masalah penting negara yang melibatkan banyak perkara sosial,
ekonomi dan politik. Pembinaan rumah kos rendah adalah satu usaha komprehensif kerajaan untuk mengatasi
masalah golongan berpendapatan rendah .Berbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan penawaran rumah
kos rendah melalui berbagai- bagai insentif, namun industri perumahan ini masihlagi mengalami masalah- masalah yang menyebabkan
berbagai kesukaran dalam pembinaan dan penyediaannya terutama skim perumahan kos rendah. Masalah- masalah tersebut bolehlah
diringkaskan sebagai yang berikut:
Permintaan dan Penawaran
Permintaan terhadap rumah kos rendah meningkat jauh lebih besar dari penawarannya semenjak
dari Rancangan Malaysia ketiga.
Penawaran Rumah Kos Rendah
Penawaran rumah kos rendah tidak pernah mencukupi semenjak dari Rancangan Malaysiabkedua lagi.
Pembinaan rumah kos endah adalah tidak memuaskan berpunca dari kekurangan kapasiti, proses terkawal dalam mencari tanah yang
bersesuaian dan penangguhan dalam menyediakan infrastruktur penggenap. Kekurangan tanah yang sesuai dan penawaran rumah
murah yang terhad juga menyebabkan kawasan setinggan mula bertambah.
Bahan Binaan
Sebilangan besar dari bahan binaan yang diperlukan adalah dikeluarkan dalam negeri untuk
mengawal kos pembinaan bangunan . Kerajaan telah mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan binaan yang dikeluarkan
dalam negeri. Seringkali berlakunya kekurangan bahan mentah disebabkan oleh kenaikan mendadak industri pembinaan ini.Persaingan
dengan sektor kormesil dan industri yang lain untuk merebut bahan binaan yang terhad.Selain itu, polisi untuk mengehadkan
kemasukan bahan binaan penting yang diimport untuk menjaga industri tempatan telah menyebabkan harga bahan mentah untuk
meningkat menjadi semakin tinggi.
Kekurangan Tanah
Pembangunan telah menyebabkan penumpuan demografik yang tinggi berlaku, terutamanya di
kawasan yang paling membangun seperti Kuala Lumpur. Masalah ini telah diburukkan lagi oleh pendudukan haram dan kawasa
setinggan di tanah setinggan di tanah awam.Harga tanah yang tinggi adalah masalah paling utama yang dihadapi oleh sektor
swasta dan awam dalam pembinaan atau penyediaan rumah kos rendah.
Prosedur Birokratik
Pembangunan perumahan yang aktif telah menyebabkan beban kerja yang bertambah kepada agensi
kerajaan tertentu. Masalah kekurangan kakitangan ini ditambah dengan prosedur yang panjang dan sukar . Proses ini
mengambil masa yang lama dan membazir di samping menambah lagi kos yang tidak perlu dalam pembangunan perumahan terutama sekali
perumahan kos rendah.
|